Tuesday, July 13, 2010

INILAH DIA PEMIMPIN-PEMIMPIN UMNO: TALAM DUA MUKA

NAZRI AZIZ


"Umno tidak sama sekali menyokong atau mengiktiraf Perkasa yang mendakwa perjuangkan hak keistimewaan Melayu dan Bumiputera." "Umno menentang amalan sebarang bentuk sikap perkauman."

"Kita harus mengetepikan sama sekali Perkasa. Mengapa saya kata begitu? Ini kerana Perkasa tidak seiring dengan konsep 1Malaysia Datuk Seri Najib."

"Kami menentang sebarang bentuk perkauman dan sudah pasti (Perkasa) tidak disokong oleh Umno."

KOMEN:

Hairan betullah degan UMNo ni, pemimpin-pemimpinnya asyik mengatakan bahawa UMNo adalah ditubuhkan untuk menjaga kepentingan dan membela hak-hak orang melayu, Sebab itulah namanya UMNo (United Malays National Organisation).

Rupa-rupanya hanya setakat itu sahajalah UMNo menjaga kepentingan Melayu itu setakat taruk nama "Malays", tetapi selepas itu tak ada apa-apa. Selepas itu semuanya tipu, tipu, tipu hanya untuk menipu orang-orang Melayu semasa pilihanraya semata-mata untuk mendapatkan undi semata-mata.

Lepas pilihanraya, orang-orang melayu akan ditipu lagi dan terus tertipu sehinggalah hilang segala-galanya. UMNO memang cukup hebat menggunakan isu perkauman semasa pilihanraya sehinggakan orang-orang melayu merasa terancam dan tergugat serta rasa bersalah sekiranya tak mengundi UMNO.

Begitulah hebatnya UMNo ni dalam menipu orang-orang melayu sepanjang masa, sama ada masa pilihanraya atau tidak, kerjanya hanya menipu, menipu dan menipu orang-orang melayu.

Bukan setakat itu sahaja, pemimpin-pemimpin UMNo juga menipu orang-orang bukan melayu kononnya buat dasar itu, dasar ini untuk jaga kepentingan orang-orang melayu. Oleh itu orang-orang bukan melayu kenalah bertolak angsur demi memastikan negara kita aman damai dan melaksanakan dasar-dasar hak istimewa orang-orang melayu serta untuk memastikan keadilan kepada semua bangsa di negara ini.

Maka dengan alasan itu, orang-orang bukan melayu pun menerimalah segala dasar itu dengan penuh rela dan sama-sama berusaha menjayakannya. Tetapi sebenarnya orang-orang bukan melayu dah turut tertipu dengan cakap-cakap pemimpin-pemimpin UMNO itu. Ini adalah kerana segala dasar itu tidak dilaksanakan sebagaimana yang dinyatakan itu.

Contohnya DEB tidak dilaksanakan sebagaimana yang diumumkan kepada orang ramai sebaliknya digunakan sebagai alat untuk memperkayakan golongan pemimpin-pemimpin UMNo dan juga pemimpin-pemimpin BN yang lain yang diklasifikasikan sebagai "bumiputera" tanpa pengetahuan umum.

Sebab itu, sebaik sahaja DEB dilaksanakan, kekayaan pemimpin-pemimpin UMNo dan BN naik secara mendadak sehingga tak dapat difikirkan oleh fikiran yang waras bagaimana mereka semua dapat mengumpulkan kekayaan itu semua berdasarkan gaji dan elaun yang mereka terima. Begitu juga dasar "PENSWASTAAN" juga adalah merupakan cara untuk menipu rakyat untuk membolehkan pemimpin-pemimpin UMNo dan kroni-kroninya makin bertambah kaya, kaya, kaya.

Itulah kerja UMNO, menipu, menipu dan terus menipu selagi masih berkuasa. Ingatkan UMNo ni hanya menipu orang-orang melayu sahaja. Rupa-rupanya orang-orang bukan melayu pun turut ditipu oleh UMNO dan turut tertipu dengan penipuan UMNO.

Apabila hal penipuan UMNO ini dibincangkan dengan kawan-kawan bukan melayu, mereka kata hal penipuan ini bukannya hanya dilakukan oleh UMNO sahaja. MIC pun macam tu juga, MCA pun sama juga tak ada beda dalam bab-bab penipuan ini, kononnya setiap parti-parti itu memperjuangkan kepentingan kaum masing-masing. Tetapi yang sebenarnya menipu kaum masing-masing.

J
ika UMNo menipu orang-orang melayu, MCA pula menipu orang-orang cina dan MIC pula menipu orang-orang keturunan India. Parti-parti itu semua sama tak ada beda dalam bab-bab penipuan kaum masing-masing tu. Dan kita semua tertipu dengan lakukan mereka tu.

Apa yang pemimpin-pemimpin UMNo dan BN buat sebenarnya ialah bantu-membantu sesama mereka untuk menipu rakyat supaya mereka mendapat kepercayaan dan undi dari rakyat untuk terus berkuasa dan dengan itu dapat melaksanakan segala rancangan untuk terus menambahkan kekayaan mereka itu melalui penipuan terancang seperti melaksanakan DEB dan dasar penswastaan itu.



No comments:

Post a Comment